Thursday, April 12, 2012

KEJAYAAN BERMULA DENGAN CARA ANDA BERFIKIR

Salam.....pernahkah anda mengalami situasi di mana  setiap kali anda ingin buat perubahan di dlm hidup setiap kali itulah anda gagal melaksanakannya. Maka anda merasakan anda perlu mencari cara lain dan sumber lain untuk berubah. Malangnya setiap percubaan yg anda lakukan anda masih menemui jln buntu.

Pernahkah anda terfikir setiap kerjaya dan perniagaan ada org yg gagal dan ada yg berjaya.? Pecahan antara yg berjaya dan gagal secara purata berkisar 10% berjaya dan 90% gagal. Apakah punca kejayaan yg dimiliki oleh mereka yg tergolong dlm 10% ini..?

Sikap(attitude) merupakan penyumbang besar kepada kejayaan atau kegagalan. Jangan terlalu banyak bertanya "bagaimana untuk anda melakukan.?(how.?)" sebaliknya anda perlu bertanya "kenapa aku perlu melakukannya.?(why.?). Selagi anda tidak mempunyai sebab yg kuat untuk buat perubahan selagi itulah apa yg anda lakukan tidak akan memberi hasil yg maksimum. Attitude bermula dgn cara anda berfikir, oleh itu berhati-hati dgn cara anda berfikir. Minda merupakan aset utama bagi seorang manusia di mana minda(otak) adalah hakim manakala jasad hanyalah merupakan robot yg hanya menerima arahan dari minda. Sekiranya anda dapat mengawal cara anda berfikir dan membawa fikiran anda ke arah yg positif insyallah setiap halangan dan masalah akan sentiasa bertukar menjadi peluang buat anda, tetapi jika anda berfikir negatif maka peluang yg ada boleh bertukar kepada masalah. Seperti kata org-org berjaya " what the mind can conceive and believe it can achive.!"

Kajian menunjukkan sikap(attitude), cara berfikir mengenai isu-isu yg ditimbulkan kepada mereka yg telah berjaya mempunyai pendapat dan cara penyelesaian yg hampir serupa. Ini bermakna untuk berjaya kita perlu mempunyai sikap(attitude), cara berfikir, cara bekerja dan cara menangani masalah seperti cara mereka yg telah berjaya. Oleh itu sentiasa pastikan minda anda positif dlm apa jua situasi agar kita dapat mencari jawapan atau penyelesaian ke arah yg positif. Robert T.Kiyosaki dlm bukunya yg bertajuk "Retire Young Retire Rich" ada menekankan betapa pentingnya anda mengawal cara berfikir seperti " your brain can be your most powerful asset or it can be your most powerful liability. If you use the right words in your brain you will become very rich. If you use the wrong words, your brain will make you poor".

Rumusannya, anda perlu berubah dari segi pemikiran anda terlebih dahulu sebelum anda berhasrat untuk membuat perubahan di dlm hidup anda. TO CHANGE THING YOU MUST CHANGE FIRST.!

Hanafi - Chief Managing Consultant Maa Takaful

No comments:

Post a Comment