Sunday, October 30, 2011
The Power of Teamwork
Salam kpd semua ahli Vconsultancy dan juga pembaca blog ini.....maaf hampir 6 bulan blog ini tdk dapat saya update krn terlalu sibuk dengan tugas yg semakin bertambah. Al-maklumlah tahun ini ramai konsultan baru yg perlu saya bantu dan buat monitoring.
TEAMWORK merupakan satu pegangan dan kesatuan yg sgt perlu di dlm sesebuah orginasasi krn ianya adalah penentu kejayaan atau kegagalan orginasasi tersebut. Membina rasa percaya, rasa hormat,sifat membantu di kalangan ahli dan kesetiaan( loyalty ) terhadap organisasi akan menjamin kemajuan secara tidak langsung kpd semua ahli di dlm kesatuan tersebut. Situasi ini perlu wujud secara berterusan untuk memastikan momentum setiap ahli dan kesatuan keseluruhannya sentiasa berada di landasan yg terbaik.
TEAMWORK atau KERJASAMA adalah nadi penggerak kesatuan dan oleh itu ia menjadi keutamaan bagi saya yg bertindak sebagai leader di dlm Vconsultancy. Saya amat percaya untuk mewujudkan TEAMWORK yg terbaik ia memerlukan keikhlasan dan sifat kesetiaan dari semua ahli. Insyallah saya akan sentiasa membina jambatan TEAMWORK ini secara konsisten dan menjadikan ianya agenda terpenting di dlm perkumpulan Vconsultancy. Misi dan visi saya untuk membawa Vconsutancy ke tahap yg terbaik di peringkat nasional tdk akan tercapai jika di antara ahli-ahli tidak bersatu hati dan bersatu misi dan visi.
Oleh itu kpd semua ahli Vconsultancy mari kita bersatu hati,bekerja keras menanam sifat berpasukan dan mengetepikan sifat penting diri sendiri krn dgn JEMAAH kita lebih kuat berbanding secara individu. Biarlah kita di dlm Vconsultancy tidur sebantal dgn mimpi yg sama. Perjuangan kita masih jauh dan kita perlu bergerak agresif secara berkumpulan. Sebagai peneraju Vconsultancy saya sentiasa berterima kasih pada anda semua krn membawa perkumpulan kita ke arah kemajuan yg sgt positif dan semoga kita kekal kan momentum ini dgn TEAMWORK diantara semua ahli.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment