Saturday, March 12, 2011

Mari Bercuti Ke Medan




















Tidak Pernahkah Terfikir Selama Ini Anda Sering Gagal Mencapai Apa Yang Anda Inginkan Atau Sesuatu Yang Menjadi Matlamat Anda Disebabkan Kesungguhan Serta Komitmen Yang Terlalu Rapuh Dan Tidak Fokus. Setiap Dari Kita Di Beri Kelebihan Cuma Perbezaan Yang Membezakan Antara Mereka Yang Berjaya Dan Gagal Adalah Sikap Kita Terhadap Perkara Yang Kita Lakukan. Ingatlah.....Allah Tidak Akan Beri Apa Yang Anda Mahu Tetapi Allah Beri Apa Yang Kamu Usahakan..!

Ambil Peluang Ini Dan Pastikan Ia Menjadi Milik Anda Atau Peluang Itu Tetap Tinggal Sebagai Peluang Jika Tiada Usaha Atau Kesungguhan Yang Datang Dari Diri Anda. Mulai 28/03/2011 - 11/05/2011 Anda Di Hidangkan Sekali Lagi Percutian Luar Negara Semurah Premium Rm4000 Untuk Satu Tiket Dan Rm9000 Untuk 2 Tiket. Percutian 3 Hari 2 Malam Ke MEDAN INDONESIA ( Produk Takafulink & Takafulife 88 Sahaja. Smartmedic100 Tidak Dikira ) Ini Khas Buat Kumpulan Di Bawah Naungan Teguh Group Keseluruhan.

Ingat Kawan-Kawan..., Bila Minda Anda Mencipta Alasan Anda Pasti Bertemu Kegagalan, Sebaliknya Bila Minda Mencipta Kemahuan Pastinya Kejayaan Menjadi Milik Anda. Samada Kita Berjaya Untuk Lepas Cabaran MEDAN Ini Bergantung Pada Usaha Dan Komitmen. Untuk Membantu Anda Termotivasi Didalam Mengejar Cabaran Medan Ini Pihak Pengurusan Maa Takaful Bersetuju Untuk Mengadakan Satu Sesi Motivasi Diri Pada 27/03/2011( Ahad jam 3pm Di Maa Kajang ) Bersama Speaker Jemputan. Anda Wajib Untuk Hadir.

Sebelum Mengakhiri Catatan Cabaran MEDAN Ini Ingin Saya Mengajak Rakan-Rakan Seperjuangan Untuk Sejenak Kita Muhasabah Diri, Tanya Seikhlas Hati Anda, Di Dalam Kita Ingin Bergelar Usahawan Perancang Kewangan Yang Berjaya Sudahkah Cita-Cita Kita Itu Di Selarikan Dengan Usaha Yang Maksimum..? Tepuk Dada Tanya Iman Anda.

Secara Rasional Layakkah Kita Menggelarkan Diri Kita Usahawan Jika Jumlah Perniagaan Yang Hanya Bernilai Rm4000 Gagal Untuk Kita Capai. Namun Sebagai Rakan Seperjuangan Saya Amat Yakin Setiap Dari Anda Mampu Untuk Lepas Cabaran MEDAN Ini Sekiranya Komitmen anda Berada Pada Tahap Yang Maksimum. Akhir Kata Selamat Berjuang...!

Hanafi - Chief Consultant Maa Takaful



No comments:

Post a Comment