Wednesday, December 8, 2010

KAD KESIHATAN SATU KEPERLUAN BUKAN PILIHAN

2020 itulah tarikh keramat yg di nanti-nantikan oleh rakyat Malaysia apabila negara bakal di iktiraf sebagai negara maju. Tahukah anda apakah makna sebenar negara maju itu pada kehidupan...?
Sebagai rakyat kita perlu bersedia kehilangan subsidi asas seperti bahan bakar( petrol & diesel ), tepung, minyak, gula, pendidikan dan tidak ketinggalan KOS PERUBATAN terlalu mahal untuk di bayar. Dunia hari ini telah banyak berubah dari dunia berkhidmat kepada dunia wang ringgit.
                                                                                                                                    

                                                                            

Terkini keluaran akhbar Berita Harian 22 & 25 November 2010 mendedahkan 26% pengguna kad kredit gagal menjelaskan hutang mereka kerana penggunaan yg tinggi untuk membayar kos perubatan di hospital swasta. Ini amat jelas ramai masyarakat di luar masih gagal merancang kewangan mereka dengan baik disebabkan faktor pengetahuan,keperihatinan dan kesedaran yg rendah. Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai konsultan Takaful menerangkan dan menyampaikan bagaimana untuk mengelakkan berhutang hanya berpunca dari pembayaran kos rawatan yg tinggi. Tunjukkan mereka bagaimana dengan kad kredit mereka sebenarnya boleh mencipta akaun perubatan yg murah tetapi boleh menyelesaikan kos perubatan yg bernilai ratusan ribu. Ilmu yg ada perlu anda amalkan kerana itu adalah amanah yg perlu anda tunaikan untuk menyelamatkan masyarakat dari terus terjerumus ke dalam lembah hutang yg akhirnya menjadikan masyarakat miskin akibat gagal merancang kewangan dgn bijak. Berniat baik pada masyarakat dan jangan jemu untuk menasihati mereka. Bukan masyarakat di luar tidak mahu perlindungan Takaful atau Insuran tetapi mereka tidak faham dan selalunya kesedaran mereka hanya ada ketika musibah sudah berlaku. Apa yg perlu anda lakukan adalah memberi kesedaran kpd mereka seawal mungkin dan semua ini memerlukan kesungguhan dari anda untuk menyampaikannya. Terlalu ramai masyarakat di luar menunggu anda untuk menyedarkan mereka..! Hasil yg baik datang dari usaha yg konsisten........Hanafi



No comments:

Post a Comment