Wednesday, December 29, 2010

GARUDA TERSUNGKUR DI STADIUM KERAMAT BUNG KARNO DI TELAN SINGA MALAYA



Tahniah...!!! Bravo..!!!

Akhirnya skuad bolasepak negara kita membuktikan kebangkitan semula kuasa bolasepak Harimau Malaya dirantau Asia Tenggara setelah berpuluh tahun kegersangaaann...!!

Safee Sali sekali membuktikan kehebatannya yang menjaringkan "killer goal" menerusi sepakan kencang sambil membuat larian, mengingatkan kita kepada jaringan jaringan gol Allahyarham Mokhtar Dahari dan juga Azman Adnan.

Manakala gol kemenangan skuad Garuda pula "dihadiahkan" oleh pemain pertahanan Malaysia Mohamed Muslim yang "tertanduk" masuk ke gawang sendiri....

Kemenangan Indonesia 2 - 1 di Gelora Bung Karno tidak cukup untuk menyekat skuad bimbingan Rajagobal muncul sebagai Juara baru Piala AFF Suzuki 2010, Malaysia menang dengan keputusan aggreget 4 - 2 setelah mendahalui 3 - 0 hasil bekalan dari Stadium Bukit Jalil tempoh hari. Perlu diingat bahawa pihak penganjur juga menetapkan "away goal rules" dimana jaringan Safee Sali secara matematiknya memerlukan Indonesia mencari 6 gol untuk muncul juara....

Doa dari seluruh rakyat 1Malaysia benar benar dijadikan semangat kental skuad anak muda kita dimana mereka berjaya mempamerkan aksi yang membanggakan kita semua...

Tahniah kepada anak anak muda 1Malaysia..!! KITA BOLEH...!!


JUMAAT 31 DISEMBER 2011 KERAJAAN UMUM CUTI SEMPENA KEMENANGAN MALAYSIA MENUNDUKKAN INDONESIA DI PERLAWANAN AKHIR AFF SUZUKI 2010 YANG TELAH DI NANTIKAN 14 TAHUN. T/KASIH PM MALAYSIA DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

No comments:

Post a Comment