Sunday, December 26, 2010

10 RAHSIA MENJADI USAHAWAN BERJAYA

Bagaimanakah Anda Boleh Mengetahui Anda Boleh Menjadi Usahawan Yang Berjaya Atau Seseorang Yang Hanya Dilahirkan Sebagai Seorang Pekerja..? Sehingga Hari Ini Belum Ada Cara Yang Pasti Untuk Berjaya, Kajian Menunjukkan Usahawan Berjaya Berkongsi 10 Ciri-Ciri Yang Sama. Lihatlah Adakah Anda Mempunyai Ciri-Ciri Seperti Mereka..?
Bergelar Usahawan Memerlukan Kreativiti, Fleksibeliti Dan Sanggup Berhadapan Dengan Cabaran Untuk Menjadi Bos Dan Merancang Masa Depan Perniagaan Anda. Ini Bukan Persoalan Mencipta Kehidupan Dan Mencari Nafkah. Ia Memerlukan Lebih Dari Itu. Anda Memerlukan Keberanian, Kesungguhan, Ketabahan Dan Perancangan Yang Sistematik Untuk Bergelar Usahawan Berjaya. Bermula Dari Dunia Biasa Ke Dunia Perniagaan Di Mana Pendapatan Diterima Berterusan Tanpa Ada Had Atau Sekatan,  Maka Anda Akan Di Uji Dengan Pelbagai Cabaran Yang Memerlukan Anda Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran Kebiasaan.
 Adakah Cara Yang Boleh Menentukan Samada Anda Boleh Menjadi Usahawan Berjaya Atau Hanya Menjadi Pekerja Yang Baik Kepada Seseorang..? Malangnya, Tiada Formula Untuk Berjaya. Walau Bagaimanapun Kebanyakkan Usahawan Yang Berjaya Berkongsi 10 Ciri-Ciri Ini Di Dalam Diri Mereka : 

1. THINK SUCCESS ( BERFIKIR TENTANG KEJAYAAN )
Untuk Mencapai Ke Tahap Kejayaan Yang Anda Inginkan, Anda Perlu Berimpian Besar(dream big). Setiap Kisah Kejayaan Bermula Dengan Berimpian Besar. Anda Mesti Dan Perlu Berimpian Besar Untuk Diri Anda – Seperti Menjadi Seorang Yang Kaya, Terkenal Dan Berjaya. Anda Perlu Memiliki Visi Yang Jelas Dengan Apa Yang Ingin Anda Capai. Anda Juga Tidak Hanya Boleh Sekadar Berimpian Begitu Sahaja. Anda Mestilah Membayangkan Kejayaan Itu Di Minda Anda Sehingga Anda Dapat Menjiwai, Merasai Dan Menyentuhnya Walau Ia Hanya Dalam Bentuk Imiginasi. Lakukan Ia Secara Berterusan Agar Minda Anda Sentiasa Di Dalam Pemikiran Positif. Fikiran Yang Positif Melahirkan Tindakkan Yang Positif. Apakah Perasaan Anda Jika Mempunyai Pendapatan 3 Kali Ganda Dari Pendapatan Anda Sekarang..? Bagaimana Cara Kehidupan Anda Ketika Itu..? Bagaimanakah Perjalanan Perniagaan Anda Ketika Ia Mencecah Jutaan Ringgit..? Usahawan Berjaya Memiliki Sikap Keterbukaan Dan Kepercayaan Atas Apa Yang Mereka Usahakan. Mereka Sentiasa Menggambarkan Kejayaan Sebagai Langkah Pertama Untuk Terus Maju Kehadapan Bagi Merealisasikan Cita-Cita Mereka. Lihatlah Diri Anda Dlm Pemikiran Yang Positif Kerana Ia Sangat Membantu Perjuangan Anda. Jika Anda Ingin Menjadi Penulis Yang Berjaya, Bayangkan Anda Sedang Menurunkan Tanda Tangan Pada Buku Karangan Anda Sambil Di Kerumuni Oleh Peminat Setia Anda. Jikalau Anda Ingin Menjadi Kaya, Maka Lakarkan Dalam Minda Anda Dengan Kehidupan Yang Mewah Dan Berprestij Serta Memiliki Jutaan Ringgit Di Dalam Akaun Bank. Proses Membayangkan Kejayaan Ini Hendaklah Di Jadikan Aktiviti Yang Berterusan Agar Aura Positif Sentiasa Memenuhi Minda Dan Diri Anda. Dengan Cara Ini Setiap Tangga Yang Anda Lalui Di Dalam Proses Mengejar Kejayaan Akan Sentiasa Bertenaga.                                                                                                                                                     

2. BE PASSIONATE WITH WHAT YOU DO ( GHAIRAH DENGAN APA YANG ANDA LAKUKAN )
Anda Memulakan Perniagaan Ini Dengan Harapan Untuk Merubah Cara Hidup Dan Ekonomi Anda. Semua Ini Memerlukan Kesungguhan Dan Keghairahan Yang Tinggi. Tukar Secara Total Cara Pemikiran Yang Defensif Serta Sikap Yang Negatif. Kejayaan Akan Lebih Mudah Anda Miliki Jika Anda Menghayati Dan Ikhlas Dengan Apa Yang Anda Usahakan. Jika Anda Benci Dengan Tugas Anda Sekarang Adakah Anda Rasa Anda Akan Berjaya..? Seribu Tahun Pun Anda Tidak Mungkin Berjaya Walau Anda Berusaha Keras, Komited Dengan Tugas Hasilnya Tidaklah Boleh Anda Banggakan. Anda Hanya Akan Mendapat Hasil Yang Terbaik Jika Tugas Itu Di Lakukan Dan Di Sempurnakan Dengan Minat, Tanggungjawab, Kesungguhan Dan Keikhlasan. Usahawan Berjaya Tidak Kisah Menghabiskan Masa 15 Atau 18 Jam Sehari Untuk Perniagaan Mereka Kerana Mereka Benar-Benar Menyukai Apa Yang Mereka Lakukan. Kejayaan Dalam Perniagaan Semuanya Menceritakan Tentang Kesabaran Dan Kerja Keras, Di Mana Hanya Boleh Di Miliki Jika Anda Sentiasa Ghairah Dan Bertanggungjawab Serta Konsisten Dengan Aktiviti.                                                                                                                                   

3. FOCUS ON YOUR STRENGTHS ( FOKUS PADA KEKUATAN ANDA )
Kita Perlu Menerima Hakikat, Kita Tidak Boleh Menjadi Terbaik Dalam Semua Perkara. Setiap Dari Kita Mempunyai Kekuatan Dan Kelemahan Diri. Untuk Lebih Berjaya, Kita Perlu Mengenal Pasti Kekuatan Yang Ada Pada Diri Kita Dan Memberi Tumpuan Pada Kekuatan Tersebut. Anda Akan Lebih Berjaya Jika Anda Menggunakan Kekuatan Yang Anda Miliki Dengan Sebaik Mungkin Ke Tahap Yang Maksimum. Di Dalam Perniagaan Sebagai Contohnya, Jikalau Anda Tahu Anda Mahir Dalam Bab Pemasaran, Maka Gunakanlah Kekuatan Itu Semaksimum Yang Mungkin. Minta Bantuan Pada Perkara Yang Anda Kurang Mahir Dan Belajar Secara Formal Atau Tidak Formal Dari Mereka Yang Lebih Mahir. Itulah Cara Yang Terbaik Untuk Memahirkan Apa Yang Anda Tidak Mahir.                                                                    

4. NEVER CONSIDER THE POSSIBILITY OF FAILURE ( TIDAK SAMA SEKALI MEMIKIRKAN KEMUNGKINAN AKAN KEGAGALAN )
Sebagai Usahawan Anda Mesti Ada Rasa Penuh Percaya Di Dalam Diri Anda Terhadap Impian Dan Cita-Cita Anda. Dengan Itu Barulah Anda Boleh Melakukannya. Berfikirlah……., Apa Yang Anda Lakukan Akan Memberi Kesan Dan Sumbangan Ke Arah Peningkatan Dan Kemajuan Perniagaan Serta Peribadi Anda. Anda Mesti Mempunyai Keyakinan Dengan Perniagaan Serta Kemampuan Diri Anda. Anda Mesti Percaya Di Sebalik Bayangan Keraguan, Anda Sebenarnya Mempunyai Kemampuan Untuk Menggapai Kejayaan Tersebut. Lebih Tinggi Kepercayaan Atas Kemampuan Untuk Mencapai Cita-Cita Itu Maka Semakin Cepatlah Ia Akan Anda Perolehi. Walau Bagaimana Pun Anda Perlu Mengimbangi Di Antara Kepercayaan Dan Kesungguhan Dengan Usaha Yang Terbaik. Lebih Tinggi Kejayaan Yang Anda Iginkan Maka Semakin Besarlah Rintangan Dan Cabaran Yang Perlu Di Lalui. Ini Adalah Fakta Yang Perlu Kita Terima. Usahawan Berjaya Sentiasa Menganalisis Dan Mencari Jalan Untuk Meminimumkan Risiko Dan Memaksimumkan Keuntungan. Seperti Pepatah Berkata “ TIADA KEBERANIAN MAKA TIADA KEJAYAAN “. 
                                                                                                                                                                               5. PLAN ACCORDINGLY ( MERANCANG SEWAJARNYA )
Anda ada Visi, Dan Anda Mempunyai Kesungguhan Yang Kuat Dan Kepercayaan Untuk Mencapai Cita-Cita Anda. Tetapi Adakah Anda Tahu Bagaimana Untuk Mencapainya..? Untuk Memastikan Visi Anda Berjaya, Anda Perlu Ada Matlamat Yang Kukuh Untuk Di Jadikan Batu Loncatan Ke Arah Visi Tersebut. Impian Anda Perlu Jelas Dan Di Terjemahkan Dengan Penulisan Atau Tidak Ia Hanya Akan Menjadi Sekadar Angan-Angan Sahaja. Anda Mesti Merancang Setiap Hari, Dengan Demikian Setiap Tindakkan Yang Di Ambil Akan Memberi Sumbangan Ke Arah Pencapaian Matlamat Anda. Bersemangat Dalam Mengejar Impian Merupakan Karaktor Setiap Usahawan Yang Berjaya. Kebolehan Anda Merancang Dan Melaksanakan Visi Adalah Skil Yang Perlu Anda Miliki Untuk Berjaya. Jika Tidak Semua Perancangan Anda Akan Menemui Kegagalan. Oleh Itu Pastikan Anda Memberi Tumpuan Memahirkan Diri Di Dalam Perniagaan Yang Anda Ceburi. Ingatlah……Pendapatan Kita Di Jana Atas Kemahiran Yang Kita Miliki. Bagaimana Untuk Mahir..? Praktis Dan Fahami Keperluan Perniagaan Anda. “ PRACTICE MAKE PERFECT “                                                                                                                                        

6. WORK HARD ( KERJA KERAS )
Setiap Usahawan Yang Berjaya Mereka Bekerja Keras, Keras Dan Keras….Tiada Siapa Yang Berjaya Hanya Dengan Duduk Membuang Masa, Mencari Alasan Dan Menyalahkan Orang Lain Setiap Hari. Penulis Buku ‘ BRAIN TRACY ‘ Mengatakan “ YOUR WORK EIGHT HOURS PER DAY FOR SURVIVAL, EVERYTHING OVER EIGHT HOURS PER DAY IS FOR SUCCESS “. Tanyalah Kepada Mana-Mana Usahawan Yang Berjaya, Nescaya Mereka Secara Spontan Akan Beritahu Anda Mereka Bekerja Keras Lebih 60 Jam Setiap Minggu Pada Permulaan Perniagaan Mereka. Bagi Mereka Tiada Masa Untuk Duduk Bersembang Di Kedai Kopi Setiap Hari Atau Cuti Di Hujung Minggu. Ingatlah…..Di Permulaan Perniagaan Anda, Adalah Amat Penting Memberi Tumpuan Dan Komitmen Kepada Perniagaan Anda Sehingga Ia Benar-Benar Kukuh Untuk Berdiri Sendiri. Bekerja Keras Akan Terasa Mudah Jika Anda Ada Visi Yang Jelas Dan Kesungguhan Di Atas Apa Yang Anda Lakukan.                                                                                                                           

7. CONSTANTLY LOOK FOR WAYS TO NETWORK ( BERTERUSAN MENCARI JALAN UNTUK RANGKAIAN )
Dalam Perniagaan, Anda Di Nilai Dari Syarikat Mana Yang Anda Wakili – Daripada “Management Team “ , “Board Of Directors” , Dan “ Strategic Partners”. Perniagaan Sentiasa Memerlukan Pembantu Termasuk Perniagaan Kecil. Mungkin Gadis Yang Anda Jumpa Di Mesyuarat Persatuan Boleh Membantu Menjaga Kewangan Anda, Atau Lelaki Yang Anda Temui Di Dalam Seminar Boleh Memberi Khidmat Nasihat Pengurusan Yang Baik. Adalah Sangat Penting Bergabung Dengan Mereka Yang Boleh Membantu Anda, Dan Mereka Yang Boleh Memberi Keuntungan Kepada Anda. Untuk Berjaya Dalam Perniagaan, Anda Perlu Memiliki Rangkaian Kemahiran Yang Baik Dan Sentiasa Peka Kepada Peluang Untuk Menambah Bilangan Prospek Perniagaan Anda.                                                                                     

8. WILLINGNESS TO LEARN ( KESEDIAAN UNTUK BELAJAR )
Anda Tidak Perlu Menjadi Pemegang Sijil MBA Atau PHD Untuk Berjaya Dalam Perniagaan Anda. Yang Nyata, Ramai Usahawan Berjaya Di Luar Sana Hanya Lulus Sijil Sekolah Menengah Sahaja(SPM). Kajian Yang Di Buat Menunjukkan Kebanyakkan Jutawan Datang Dari Golongan Yang Sederhana Pendidikkannya. Namun Begitu Golongan Ini Berjaya Memiliki Kewangan Yang Teguh Serta Mencapai Impian Mereka Dalam Perniagaan Kerana Mereka Sentiasa Bersedia Untuk Belajar Dan Belajar Dan Terus Belajar. Untuk Berjaya, Anda Mesti Sentiasa Bersedia Bertanya Soalan, Kekalkan Sifat Ingin Tahu, Berminat Dan Terbuka Dengan Ilmu-Ilmu Baru. Kesediaan Untuk Belajar Adalah Sangat Penting Terutama Dengan Perubahan Teknologi  yang Pantas Serta Cara Dan Kepelbagaian Dan Teknik Perniagaan Yang Berkembang Maju.     
     
9. PERSEVERE AND HAVE FAITH ( TEKUN DAN PUNYA KEAZAMAN )
Tiada Siapa Pun Berkata Jalan Untuk Berjaya Adalah Mudah. Walaupun Anda Memberi Tumpuan Dan Bekerja Keras, Ada Kalanya Anda Akan Gagal. Segelintir Usahawan Berjaya Menanggung Kerugian, Tewas Dan Adakalanya Bankrup, Namun Mereka Cepat Bertindak Untuk Bangun Semula Untuk Menjadi Lebih Berjaya. Keberanian Anda Untuk Tidak Berganjak Dan Berhadapan Dengan Kesengsaraan Dan Kemampuan Anda Unutk Bangun Semula Setelah Melalui Saat-Saat Yang Mengecewakan Akan Memastikan Kejayaan Anda. Anda Mesti Belajar Untuk Mendorong Diri Anda Bangun Dan Bermula Semula. Ketekunan Diri Anda Menjadi Ukuran Tahap Kepercayaan Terhadap Diri Sendiri. Ingat……Jika Anda Gigih, Tiada Apa Yang Boleh Menghalang Cita-Cita Anda.                                           


10. DISCIPLINE YOURSELF ( DISIPLINKAN DIRI ANDA )

THOMAS HUXLEY Berkata “ DO WHAT YOU SHOULD DO, WHEN YOU SHOULD DO IT, WHETHER YOU LIKE IT OR NOT. “ Disiplin Diri Adalah Kunci Untuk Berjaya. Kehendak Yang Kuat Akan Memaksa Diri Anda Untuk Membayar Harga Sebuah Kejayaan. Buat Apa Yang Orang Lain Tidak Suka, Bekerja Keras, Usaha Ke Tahap Maksimum, Buang Pemikiran Dan Sikap Negatif Dalam Diri Serta Konsisten Dalam Tindakkan. Semua Ini Akan Membawa Anda Ke Puncak Kejayaan.                        



Hanafi – Chief Consultant MAA TAKAFUL/ASSURANCE






No comments:

Post a Comment