Showing posts with label SPORT. Show all posts
Showing posts with label SPORT. Show all posts

Wednesday, December 29, 2010

GARUDA TERSUNGKUR DI STADIUM KERAMAT BUNG KARNO DI TELAN SINGA MALAYA



Tahniah...!!! Bravo..!!!

Akhirnya skuad bolasepak negara kita membuktikan kebangkitan semula kuasa bolasepak Harimau Malaya dirantau Asia Tenggara setelah berpuluh tahun kegersangaaann...!!

Safee Sali sekali membuktikan kehebatannya yang menjaringkan "killer goal" menerusi sepakan kencang sambil membuat larian, mengingatkan kita kepada jaringan jaringan gol Allahyarham Mokhtar Dahari dan juga Azman Adnan.

Manakala gol kemenangan skuad Garuda pula "dihadiahkan" oleh pemain pertahanan Malaysia Mohamed Muslim yang "tertanduk" masuk ke gawang sendiri....

Kemenangan Indonesia 2 - 1 di Gelora Bung Karno tidak cukup untuk menyekat skuad bimbingan Rajagobal muncul sebagai Juara baru Piala AFF Suzuki 2010, Malaysia menang dengan keputusan aggreget 4 - 2 setelah mendahalui 3 - 0 hasil bekalan dari Stadium Bukit Jalil tempoh hari. Perlu diingat bahawa pihak penganjur juga menetapkan "away goal rules" dimana jaringan Safee Sali secara matematiknya memerlukan Indonesia mencari 6 gol untuk muncul juara....

Doa dari seluruh rakyat 1Malaysia benar benar dijadikan semangat kental skuad anak muda kita dimana mereka berjaya mempamerkan aksi yang membanggakan kita semua...

Tahniah kepada anak anak muda 1Malaysia..!! KITA BOLEH...!!


JUMAAT 31 DISEMBER 2011 KERAJAAN UMUM CUTI SEMPENA KEMENANGAN MALAYSIA MENUNDUKKAN INDONESIA DI PERLAWANAN AKHIR AFF SUZUKI 2010 YANG TELAH DI NANTIKAN 14 TAHUN. T/KASIH PM MALAYSIA DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Monday, December 27, 2010

HARIMAU MALAYA KALAHKAN GARUDA 3-0..!

semalam berlangsung nya perlawanan bolasepak diantara malaysia dan indonesia untuk mendapat kan Piala Suzuki AFF di stadium Bukil Jalil.nampaknya malaysia telah menundukkan indonesia 3-o untuk perlawanan terakhir pertama.
Luka kekalahan 1-5 di Jakarta telah diubati dengan kemenangan berharga ini dan Malaysia kini berpeluang cerah menjulang trofi Piala Suzuki AFF buat kali pertama.Tapi malaysia kena berhati-hati kerana selepas ini malaysia akan bertandang di jakarta.
Turut menyaksikan kemenangan bersejarah itu ialah Presiden FAM,Sultan Ahmad Shah, Timbalan Presiden FAM,Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan dif-dif kehormat yang lain.Dianggarkan sebanyak 85,000 penonton membanjiri stadium pada malam, semalam.
Nama Safee Sali layak disanjung sebagai wira Malaysia kerana dua golnya pada minit ke-59 dan 71 selain Mohd. Ashari Samsudin pada minit ke-67 memastikan Malaysia membuatkan Indonesia pulang dengan penuh kekecewaan.Kemenangan ini sudah pasti memberikan kelebihan besar buat Malaysia yang akan bertandang ke bumi Jakarta pada Rabu depan untuk perlawanan akhir kedua.
Walaupun beraksi agak gementar pada separuh masa pertama,percaturan bijak Rajagobal memasukkan Ashari dan mengeluarkan Mohd. Amirulhadi Zainal untuk menukar rentak serangan sebaik bermula separuh masa kedua membuahkan hasil lumayan buat pasukan negara.
Ashari bagaikan menjadi senjata sulit negara apabila serangan dari arah sebelah kiri jelas bertenaga dan membuatkan benteng Indonesia dalam keadaan kucar-kacir.Detik gemilang Malaysia bermula 14 minit pada separuh masa kedua, apabila pengantin baru yang melangsungkan majlis persandingannya,Norshahrul Idlan Talaha bijak menghukum kesilapan Maman Abdurachman di sebelah kanan sebelum melorongkan bola kepada Safee yang tidak dikawal untuk memberikan gol pembukaan buat Malaysia.
Keyakinan Garuda sedikit terjejas selepas Malaysia meraih gol pertama dan kesempatan itu diambil oleh pemain Malaysia, hasilnya, Ashari melakukan rembatan menarik dalam kotak penalti pada minit ke-67 untuk menewaskan Markus yang hanya mampu tergamam.Keadaan di Bukit Jalil gegak gempita sementara penyokong Indonesia terus bermuram apabila Malaysia memperoleh gol ketiga hasil hantaran silang yang cantik daripada bek kanan, Mahalli Jasuli sebelum disudahkan melalui tandukan Safee pada minit ke-71 bagi meletakkan Harimau Malaya kini sebelah kaki untuk menjulang Piala AFF.
Selepas gol tersebut,aksi pemain Indonesia semakin longlai, namun sebaliknya keyakinan pemain Malaysia semakin menggila, malah hampir mendapat gol keempat melalui sayap lincah negara, S. Kunanlan pada masa kecederaan tetapi Markus sempat menghalang.Dalam aksi di Jakarta nanti, Malaysia sudah pasti akan kehilangan khidmat Mohd. Amirulhadi Zainal yang mengutip kad kuning kedua dalam perlawanan ini sementara Indonesia pula terpaksa meratapi ketiadaan Oktovianus Maniani yang turut menerima nasib yang sama.